Ya Allah ! sesungguhnya apa yang terjadi hanyalah di atas kehendak Mu.
panjang ceritanya..
jum mula pengembaraan !
beberapa hari lalu..
pagi tu, aku bangun pagi siap2 mandi , solat subuh . lengkap berpakaian baju kurung. aku tak sabar menanti detik ini. aku akan berangkat ke Kuantan , Pahang utk p. Kebangsaan. peringkat tertinggi. Dalam hati, berkira kira inilah saat hujungnya memori utk SKBT dariku dan untuk diriku jua. mgkin juga inilah kenangan terakhir aku darjah enam ini.
tangan ibuku kucup. ibu memelukku erat. lalu diletakkan tangannya di atas dadaku , dan berkata, "Ya Allah , ampunkanlah dosa anak ku ini. tabahkanlah ia menghadapi dugaan." Aku membawa bagasi ke dalam kereta .
Aku smpai di sekolah . aku salam ayah. ayah berpesan agr jaga diri baik2. tunggu ayh dan ibu di sn nnty . sbb ayh ibu jugak ikut ke Kuantan . Masuk kawasan sekolah , letak beg. jumpe kawan. kwn byk ucp, "Semoga berjya" . Aku sayang kwn ku . diaorg sgt mmberi dorongan yang tegar buatku ! terima kasih ! semoga Allah membalas niat baik kalian.
pagi tu, aku salam semua cikgu2 di sekolah. minta restu , minta doakan kejayaan , dll. staf sekolah , warga kantin , pekerja2 sekolah , staf pejabat , semua aku jumpa. diaorg pun doakan y terbaik buatku. aku bersarapn dengan syamillin & ija (wakil netball p. kebangsaan) . gb belanja . tak lama kemudian , aku dan guru pengiring ku bertolak pergi. sebelum tu, sempat lagi aku jumpa kwn2 di kelas . semua berpusu pusu nak salam aku. sangat2 rse dihargai ! guru besar hntr kami di Masjid Yong peng utk tunggu bas dr SMKA Segamat .
Tak lama kemudian , bas pn smpai . gb memeluk aku . aku mengucpkan terima kasih . aku naik dlm bas, aku cr tmpt kosong. pd awlnya , aku duduk dengan cikgu Normah. (ustazahku) . lama2 sikit , tukar tempat duduk dengan Uswah . mmg best la mse tu ! snap2 gambar !
akhirnya tiba juga di bumi Kuantan. keluar dari bas, ada pelajar dr sekolah itu tolong bw bagasi2 kami dan bw kami ke dorm kami . sesampai di bilik , kmi melepaskan lelah . tak lama, "assalamualaikum wbt. kepada peserta2 MTQ dan guru2 pengiringnya dijemput menjamu jamuan petang di Dewan Aspuri . Sekian, terima kasih," . okey, kami sekadar bersiap dan terus ke dewan Aspuri . Time tu, makan karipap & kuih muih serta air teh . (maklumlah, minum petang kan..) . Selesai menjamu, kami sempat lg amik gmba . amek ramai2 .
Malam tu, ada majlis Malam Semarak Wahyu. Aku pakai bju punya lah cntik . (oky , perasan sendiri!) . siap tudung ariani y mama belikan. kami bergegas ke Dewan besar SMK teknik. Malam semarak wahyu merupakan malam perasmian dan pembukaan. belakang tempat y kmi duduk, negeri Kelantan. hmm ! mmg sopan aje. suka suka ! baik pulak tu. ade la jugk tegur2 aku & uswah.
Selesai majlis, kiteorg balik . okey mase tu aku amik kesempatn menyelit dekat Kak Najwa ngn kak Dja. diaorg y lain dah jalan laju ke depan. kami jalan lebih lembap dr kura kura ! time tu , kak Najwa haus thp gaban. dia pun nk g minum air kt tmpt makn tengah malm tu (supper). aku dan kak Dja membuntuti shj. kak Najwa minum air dengan lahapnya ! tmbah lg stu gelas penuh . Haishh ! haus betul ! da sudah tu, kitaorg balik ke asrama bertiga. Eh ! kak Najwa buat lawak pulak.. dah terkekek kekek aku n Kak Dja ketwa . dah naik tangga blok , boleh pulak Kak najwa salah tingkat ! kita kan sepatutnya tingkat 4 kan, ini tidak, dia tersasar tingkat 3 . mne tak bergegar bangunan kecil molek tu dengan ketwa kami ! Ish3 :D
masuk dlm bilik, semua pelik .. okey , biarkan aje diaorg ! sebelum tidur, solat , gosok gigi .. ade jugak yang bersidai kt kaki lima dengan telefon di telinga. ade juga yang sibuk iron bj kurung utk esok (akulah tu!). da sudah tu , lewat jugaklah kami tidur ! maklumlah , esok kaum adam bertnding (Sabtu). dan kaum hawa bertanding esoknya (Ahad) . kiteorg nie masih relax2 la kononnya.
Esok paginya, bersiap seawal jam 6 pagi. (awal ke?) . aku pun chas hp aku kt bilik iron sbb dkt dlm bilik ade soket, tp x boleh gne ! time tu, aku chas dengan izzati dan aina. semua dah turun, aku , izzati , aina pun turun sme utk breakfast. time nak breakfast tu, dewan makan pulak belum bukak ! kiteorg tunggu la kt meja tepi padang.. apalagi ! sesi amek gambar pun bermulalah ! semua syok snap gamba ! mmg happy gile time tu. mcm2 aksi y ditunjukkan..
time tu , Aina & Izzati dah amek dulu hp diaorg.. aku biarkan aja hp aku mase tu sbb bateri belum penuh. aku dengan perasaan yakin yng menebal , maka tinggallah hp tu seorng diri di bilik iron.
tak lama lepas tu, aku ajak Farah teman aku amik hp aku tu, alangkah terkejutnya aku bila hp dengan charger LENYAP ! hilang .. hilang...aku patah balik kt cikgu. ckp kt cikgu, hp hilang ! cikgu cbe usahakan. od awlnya, hp tu mseh boleh dihubungi, cme tak de y angkat ! dah lme2 sikit, bila dihubungi , langsung tak boleh call dah.. cikgu call mama, bgtahu .. mama kata tak pe, tak yah risau. jngn risau sgt. jgn jdkan beban sblm bertnding.. aku relax je la..
ptg tu, uswah, aina, izzati jalankan misi.. kiteorg pergi jumpa kak elia.. sebb mase tu aku suruh kak elia jgkan hp tu, kak elia kta , dia tak de amik. mse tu dia tinggalkan aje. abistu kat spe ?
tiba2 tak lama lepas tu, ade seorang pelajar perempuan dr sm teknik tu, jumpa aku ckp dia ade jmpe handset kt pdg warna putih .. habistu sekrg semua org dan kwn2 dah tuduh dia y curi . dia jumpa aku, dia tunjukkan hp tu .. rupa rupanya betullah hp aku ! dia bw aku jmpa warden.. dan warden tak ckp ape.. tak mrh pon.. aku okey jelah !
Pagi y dinantikan .. berdebar ! hari bertanding tiba ! aku bersiap dengan baju kurung pertndingn.. aku dapat giliran 14 dan surah An Nisa'. dalam hati hanya berdoa semoga dipermudahkan. Alhamdulillah, aku dpt baca dengan lancar..
semua pertndingan pd hari itu berakhir.. kami pulang ke dorm masing2.. kami bersiap dgn baju batik , sebenarnya ade lawatan, lepas tu trus ke Jamuan Negeri di kediaman menteri besar pahang. mmg bes ! .. sebelum tu, cerita kat Teluk Chempedak.. kami jalan2 kt pantai dan byk snap gmbar ! okey ,aku adik angkat kak Dja utk sementara.. diberi tanggungjawab menjaga adik angkat.. beli keychain.. jalan2 kt pantai.. best sangat !
sudah tu, terus ke jamuan negeri . dok kt meja mewah dalam dewan mewah ! seperti di hotel... makan punya makan, akhirnya tiba waktu balik.. balik ke dorm.. turun shj dr bas, kami sempat main kereta api weii !! situasi mase tu penuh dengan gelak tawa kontijen Johor.. bes! nie semua dr Abg Fikri ! terima kasih abg fikri.. :D kiteorg msuk dlm dorm dengan keadaan y meletihkan..
Esok paginya, pakai semula bj pertndingan .. haha ! naseb baik badan masing2 takde yang berbau ! hehe :D tunggu keputusan dalam dewan SM teknik. tunggu, tunggu, dan tunggu .. akhirnya diumumkan bahawa aku tempat ketiga dalam tilawah Al Quran. Kak Mastura tempat Ketiga dalam Hafazan Menengah.. dan Asyraf Naib Johan dlm tilawah rendah.. yg lain tak dpt nombor.. tak pelah.. rezeki Allah bila2 sje kan?
habis acara, kami snap ramai2 dengan Kontijen Johor atas stage ! bes gila ! mmg lawak.. mgkin itu kali terakhir utk kiteorg bergambar bersma.. memori last untuk kiteorg sume.. :'( sempat lg buat lawak dll.. mmg ketawe lagi ! pening ust Hairozi jaga ank2 buah dia yang bermacam rAgam.. pepun, semua SPORTING ! syok ssangat !
time nak balik , Kak Najwa nangis ! Ahhh, sedihnya nak tinggalkan kornag semua.. aku pun mula2 nk nangis jugk tp tahan aje . sbb kontijen Johor semua kuat2. Mmg Best sangat !!!!
* halakan cursor anda pada gambar jika ingin lihat lebih jelas :)
1 comment:
cerita yang menarik!! :D
Post a Comment